Pada Mac setiap tahun, penduduk bandar Dongyang, yang terletak ditengah-tengah wilayah Zhejiang di China akan menyediakan sejenis hidangan pelik yang dikenali sebagai telur musim bunga atau juga dikenali dengan panggilan telur rebus teruna. Telur rebus berkenaan dijual di kedai dan juga di gerai penjaja tempatan di sepanjang jalan-jalan Dongyang.

Telur rebus teruna sememangnya antara makanan musim bunga yang popular. Apa yang menariknya mengenai telur rebus teruna, ia sebenarnya dihasilkan bukan dengan merebusnya dalam air biasa. Sebaliknya telur ayam berkenaan direbus dua kali menggunakan air kencing budak lelaki.

telur rebus dongyang china telur rebus dengan air kencing

Ok, cerita mengenai telur rebus ini sudah tersebar meluas sejak sekian lama. Rasanya ia bukanlah cerita yang mengejutkan. Telur rebus teruna sudah dihasilkan di Dongyang selama berkurun lamanya dan digemari oleh penduduk tempatan. Ia dikatakan mempunyai khasiat untuk kesihatan, contohnya memberikan tenaga, menyahtoksin darah, menyembuhkan demam dan mengurangkan risiko strok.

telur rebus dongyang telur rebus air kencing budak

Air kencing yang digunakan untuk merebus telur datangnya dari budak-budak lelaki berusia 10 tahun ke bawah dari sebuah sekolah rendah di Dongyang. Hanya budak yang sihat sahaja dibenarkan menderma air kencing mereka untuk digunakan bagi merebus telur. Budak yang menghidap selsema atau penyakit lain adalah dilarang sama sekali dari menyumbang air kencing. Baldi diletakkan diluar kelas untuk digunakan oleh pelajar berkenaan.

telur rebus air kencing dongyang

Tidak cukup dengan itu, telur ini juga perlu direbus dua kali, pertama dengan kulit telur tidak diusik, dan kemudiannya sekali lagi dengan kulit telur dipecahkan sedikit. Ini dimasak berulang kali dengan api yang berbeza, sepanjang hari dan malam.

khasiat telur rebus dongyang

Inilah hasilnya telur yang sudah direbus dan sedia untuk dinikmati. Telur ini telah diiktiraf sebagai warisan budaya masyarakat Dongyang oleh kerajaan China pada tahun 2008.

p/s: Mmm.. Baca dan tengok pun dah rasa semacam. Aish.. Maaf jika perkongsian ini mengganggu ketenangan jiwa anda…

Sumber: iFeng via AmazingNara


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.