Kasihan kepada singa. Hanya kerana ‘tindakan bodoh’ lelaki tersebut, singa berkenaan pula terpaksa ditembak dan dibunuh demi menyelamatkannya.

Memetik sumber info, seorang lelaki yang memanjat masuk ke dalam kandang singa di sebuah zoo di Santiago dipercayai mahu membunuh diri. Lelaki berkenaan kini berada dalam keadaan kritikal selepas diserang haiwan itu.

6 GAMBAR DAN VIDEO LELAKI MASUK KE KANDANG SINGA MINTA DIBAHAM 6

Dalam pada itu, lelaki tersebut juga cedera akibat serta terkena tembakan ubat pelali oleh petugas zoo yang berusaha menyelamatkannya dari terus dibaham singa.

6 GAMBAR DAN VIDEO LELAKI MASUK KE KANDANG SINGA MINTA DIBAHAM 3 6 GAMBAR DAN VIDEO LELAKI MASUK KE KANDANG SINGA MINTA DIBAHAM 2

Franco Luis Ferrada, 20, didakwa masuk ke dalam kandang mengandungi beberapa singa melalui bahagian atas, membuka pakaiannya dan mengacah haiwan terbabit supaya menyerangnya.

6 GAMBAR DAN VIDEO LELAKI MASUK KE KANDANG SINGA MINTA DIBAHAM 1 6 GAMBAR DAN VIDEO LELAKI MASUK KE KANDANG SINGA MINTA DIBAHAM 4 6 GAMBAR DAN VIDEO LELAKI MASUK KE KANDANG SINGA MINTA DIBAHAM 5

Petugas zoo yang menyedari kejadian itu melepaskan tembakan ubat pelali namun terkena leher lelaki itu dan melihat singa berkenaan mahu menerkamnya, mereka terpaksa melepaskan tembakan peluru hidup dan membunuh dua singa terbabit.

Ferrada cedera di punggung dan kepala akibat serangan singa serta akibat terlebih dos ubat pelali. Polis menemui nota bersama lelaki itu dipercayai nota membunuh diri.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.