Pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH2718 dari Kuala Lumpur tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Sibu pada 10.17 malam tadi.

Kemalangan berkenaan dilaporkan berlaku berikutan hujan lebat ketika pendaratan pesawat tersebut.

Malaysia Airlines dalam kenyataan, malam tadi, berkata semua anak kapal dan penumpang pesawat Boeing 737-800 selamat.

Menurutnya, 61 penumpang dan enam anak kapal selamat keluar daripada pesawat menggunakan pintu kecemasan.

“Tiada sebarang kecederaan ke atas penumpang mahu pun anak kapal dalam kejadian ini.

“Keselamatan penumpang dan anak kapal menjadi keutamaan kami dan siasatan segera akan dijalankan bagi mengetahui punca kejadian,” katanya dipetik sumber info.

Difahamkan, landasan di lapangan terbang berkenaan ditutup sementara waktu bagi membolehkan operasi mengalihkan pesawat dijalankan.

Syukur kepada tuhan kerana kejadian tidak membabitkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.