Berdasarkan kepada pemerhatian ammboi lah, selera makan ibu hamil ni biasanya pelik sikit. Kadangkala segelintir ibu hamil ini ‘order’ makan pun pelik-pelik lain dari kebiasaannya.

Menurut sumber majalah online Pa&Ma pula, mereka menyatakan sememangnya selera makan wanita hamil sukar diduga terutama selepas melepasi tempoh mual dan alahan yang teruk pada trimester pertama. Apabila hormon ibu hamil sudah stabil, keinginan untuk merasa pelbagai jenis makanan amat tinggi.

6 MAKANAN PUNCA KEGUGURAN YANG IBU HAMIL MESTI ELAKKAN

Bagaimanapun apabila bakal ibu baru memasuki trimester kedua kehamilan, pengambilan makanan masih perlu diberi perhatian. Tidak boleh sebarangan makan makanan yang diidamkan kerana bimbang jenis makanan yang ibu mahukan itu tergolong dalam kategori makanan yang menjadi punca keguguran.

Berikut adalah 6 jenis makanan yang disaran elakkan pada awal usia kehamilan anda kerana boleh jadi punca keguguran.

1. Vitamin C

Ia terkenal sebagai alat kontrasepsi semula jadi. Oleh itu jangan mengambil dalam dos yang tingg kerana ia membuatkan anda berisiko mengalami keguguran di awal kehamilan.

2. Nenas

Buah yang satu ini memang amat ditakuti oleh kebanyakan ibu baru hamil. Ia dikatakan boleh menyebabkan keguguran. Nenas mengandungi enzim protease bromelain. Enzim ini dapat melembutkan pangkal rahim sehingga boleh menyebabkan keguguran.

3. Jeruk

Buah-buahan yang dijerukkan mengandungi banyak vitamin C. Jika dimakan keterlaluan maka ia mendedahkan bakal ibu kepada bahaya keguguran.

4. Teh hijau

Teh hijau memang diketahui banyak khasiatnya kepada si peminum tetapi ia tidak digalakkan untuk ibu hamil. Teh hijau dapat menyebabkan masalah pada kesuburan dan juga membuatkan anda keguguran.

5. Ikan masin

Pengambilan ikan sebagai makanan utama ketika hamil memang amat digalakkan kerana ia mengandungi DHA yang tinggi. Tetapi tidak kepada ikan masin yang mengandungi bahan pengawet seperti garam dan bahan kimia yang boleh meningkatkan tekanan darah ibu hamil. Oleh itu jika mengidam makan ikan masin, eloklah anda fikirkan risiko buruknya.

6. Keju proses

Keju sememangnya kaya dengan kandungan kalsium tetapi ada beberapa jenis keju yang menjalani beberapa kali proses. Keju jenis ini tidak baik untuk kandungan. Antara jenis keju yang tidak selamat dimakan oleh wanita hamil adalah keju jenis lembut (soft cheese) yang memiliki lapisan putih pada luarnya.

Dalam pada itu, bukan sahaja faktor pemakanan yang perlu dijaga. Berdasarkan kepada beberapa sumber lain pula ada beberapa sebab lagi yang boleh jadi punca keguguran dan perlu dielakkan oleh ibu hamil antaranya aktiviti harian berlebihan seperti riadah dan mengangkat barangan berat.

Oleh itu, ibu hamil digalakkan merujuk kepada doktor pakar berkenaan pengambilan jenis makanan tersebut demi memastikan bayi kandungan terus membesar dengan sihat selain menjaga beberapa faktor lain seperti yang disebutkan bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.