Kita kini berdepan dengan situasi ekonomi yang cukup mencabar. Kenaikan harga barang nampaknya sudah tidak boleh dibendung lagi. Apatah lagi dengan harga petrol dan diesel juga naik berkuatkuasa bulan ini.

Tiada cara lain yang boleh kita semua lakukan bagi mengelakkan wang pendapatan mengalir bak air selain daripada berjimat cermat. Pelbagai kaedah untuk berjimat sudah diamalkan.

6-perkara-yang-perlu-anda-amalkan-untuk-elak-petrol-dalam-tangki-cepat-kering

6 perkara yang perlu anda amalkan untuk elak petrol dalam tangki cepat kering.

Namun begitu adakah kita sedar, petrol yang kita gunakan juga boleh dijimatkan selain daripada tidak menggunakannya? Cuma mungkin kita tidak sedar beberapa perkara yang menyebabkan ‘ketirisan’ berlaku minyak petrol kita.

Berikut adalah 6 perkara yang boleh dilakukan oleh pemandu yang mana boleh mengurangkan risiko petrol dalam tangki kenderaan lebih cepat kering daripada biasa.

1 – Sentiasa isi penuh tangki kereta.

Ruang kosong di dalam tangki kereta boleh memberi ruang kepada proses evaporasi untuk berlaku, seterusnya menyebabkan pembaziran petrol kerana wap-wap gas dalam tangki boleh terkeluar dari kereta.

2 – Selalu periksa dan jaga tekanan angin tayar.

Tekanan tayar yang sempurna boleh memberikan lebih kilometer untuk setiap titisan petrol anda. Tekanan tayar yang tidak sempurna boleh menyebabkan kereta memerlukan lebih tenaga untuk bergerak. Pengguna dinasihatkan agar memeriksa tekanan angin sebulan sekali.

3 – Jangan tekan pedal minyak sampai ke lantai.

Lebih kuat anda tekan pedal minyak, lebih cepat petrol habis. Jadi untuk menjimatkan petrol, biarkan kereta anda memecut secara natural. RPM yang terbaik untuk penjimatan adalah antara 2,000 – 2,500. Jika lebih, ia mungkin boleh menyebabkan pembaziran tenaga.

4 – Buka tingkap ketika memandu lebih 80+km/j.

Menurut jurnalis automotif, Christopher Neiger, memandu pada kelajuan 88km/j sambil membuka tingkap boleh menyebabkan penurunan 20% atau lebih terhadap keefisyenan pembakaran petrol. Jadi, gunakan pendingin hawa ketika memandu pada kelajuan ini.

5 – Jangan letakkan kenderaan di bawah terik matahari.

Apabila kereta diletakkan dibawah sinaran terik matahari, akan berlaku proses evaporasi di dalam tangki petrol sehingga menyebabkan hawa-hawa gas petrol terkeluar dari kereta. Juga, pastikan penutup petrol diputar sehingga kemas supaya gas petrol tidak terkeluar dari tangkinya.

6 – Servis kereta mengikut jadual.

Satu lagi, pastikan kereta diservis pada jadual yang ditetapkan. Minyak hitam dan penapis udara yang kotor juga boleh menyebabkan petrol lebih cepat habis.

Sumber: Michelin, Wikihow, HowStuffWorks


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.