Pernahkah anda terfikir ingin travel dengan caravan, campervan dan lain-lain? Perkongsian pengalaman travel dengan campervan ini diambil di Kongsi Tempat Menarik di Malaysia – Campervan.

Alhamdulillah. Salam penghulu segala hari. InsyaAllah hari ini dengan sedikit pengalaman yang tak seberapa ini, saya kongsi sedikit maklumat. Mudah-mudahan bermanfaat bagi yang tertanya-tanya dimana nak mula.

Campervan.

Persediaan untuk berkhemah cara ini tidak banyak bezanya dengan cara biasa dengan menggunakan khemah. Cuma kita menjadikan van kita sebagai tempat kita berteduh. Persoalan bagaimana tetapannya bergantung kepada keperluan dan keinginan masing-masing.

Asasnya, persediaan tempat tidur, peralatan memasak, sumber tenaga, tandas, penyelenggaraan kenderaan dan soal keselamatan.

Tempat tidur.

Ada yang menggunakan Roof tent, sofa bed dan juga lantai sebagai tempat tidur. Tidak perlu mengikat diri perlu mengikut orang lain. Kerana setiap orang mempunyai minat dan kemampuan berbeza. Belum tentu selesa pada kita sama pada mata orang lain. Semua bergantung kepada diri kita. Selagi kita selesa dan gembira usah gusar akan apa orang kata. Anda boleh DIY sendiri atau mendapatkan bantuan mereka yang mahir tentang modifikasi ruang dalaman.

Peralatan memasak.

Terdapat banyak peralatan memasak untuk aktiviti outdoor dijual dipasaran. Ini juga bergantung kepada citarasa masing-masing. Yang utama adalah matlamat untuk memasak tercapai.

Sumber Tenaga

Bagi kita yang hidup di zaman ini, gadjet dan peralatan elektrik tidak dapat dipisahkan. Maka satu kaedah yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan inverter 12v to 240v bagi mengecas peralatan sewaktu perjalanan menggunakan sumber tenaga direct dari port 12v pencucuh rokok. Apabila malam hari anda gunakan peralatan yang sudah dicas seperti lampu cas, handphone, laptop, dan sebagainya dengan cermat. Keesokkannya anda charge semula sewaktu bergerak ke lokasi lain. Antara lain, anda boleh juga menggunakan sistem solar. Kosnya sedikit tinggi tetapi berbaloi. Ada yang DIY dan ada juga solar generator set yang didatangkan dengan sistem yang terus boleh dipakai. Ada juga yang menggunakan generator set yang memerlukan minyak sebagai penjana utama bagi menggerakannya,cuma kurang mesra alam.
Semuanya bergantung kepada bajet anda.

Tandas

Jika kita berkhemah didalam hutan, konsepnya sama. Tiada tandas disediakan di tengah hutan. Ikhtiar cara terbaik supaya hajat tercapai dan tidak mendatangkan mudarat pada mahkluk lain. Anda boleh mendapatkan pop up bath tent dan portable toilet. Bagi yang mampu untuk diy silakan dengan kreativiti anda.

Penyelengaraan Kenderaan

Periksa, selenggara dan buat persediaan sebelum memulakan perjalanan. Ambil tahu sedikit mengenai jentera yang kita gunakan.

Keselamatan

Sudah tentu kita perlu melakukan sedikit persediaan bagi tujuan ini. Setiap agama dan bangsa mempunyai kaedah dan cara tersendiri. Bagi yang beragama Islam, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah berdoa dan mengamalkan sunnah yang Nabi ajarkan apabila keluar rumah, bermusafir dan sebagainya. Kemudian mengambil tahu serba sedikit mengenai lokasi yang akan dilawati dan menyediakan sedikit peralatan beladiri. Letakkan peralatan berhampiran anda sebagai langkah persediaan jika berlaku sesuatu.

Elakkan kongsi lokasi dan gambar semasa anda berada disatu-satu kawasan. Nikmati perjalanan anda dan tinggalkan media sosial sementara waktu. Ini juga bagi memastikan keselamatan anda.

Peringatan:

Satu lagi perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam diri masing-masing adalah perihal sampah. Sepanjang pemerhatian saya dibanyak lokasi. Masyarakat kita tidak mengambil berat mengenai isu ini. Selepas kita menikmati keindahan alam sekitar wajarkah kita dengan penuh tidak bertanggungjawab mencemarkan keindahan yang tadi kita nikmati? Bawa keluar sampah atau buang ditempat yang disediakan. Alam sekitar juga amanah yang akan dipersoalkan kelak.

Paling Utama.

SOLAT JANGAN LUPA

Selamat menikmati alam.
Semoga bermanfaat.

*Ini sekadar sedikit perkongsian saya saja, masih ramai orang lama yang mempunyai pengalaman yang luas dalam aktiviti sebegini. Rujuk mereka.

Rujukan:

Instagram : Kas Hariz
Facebook page : Kongsi Tempat Menarik di Malaysia


Penulis: Siti Khadijah

Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis separuh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.