Pantai Remis adalah sebuah port pelancongan santai dan peranginan di negeri Perak. Ia terletak di kawasan Manjung dan berada di antara simpang Taiping dan Sitiawan. Bercuti di Pantai Remis, Perak penting untuk anda tetapkan tarikh yang elok, bukan apa, eloklah jika suasana ketika anda pergi amat cerah, panas dan tidak hujan.

tempat menarik di pantai remis perak

Imej via [tempat menarik]

Pantai Remis Perak berkonsepkan pantai, kaya dengan keindahan pasirnya yang putih serta air laut yang kebiruan jernihnya. Tahukah anda, Pantai Remis mendapat nama daripada remis-remis atau kerang yang terdapat banyak di sekitar pantai tersebut. Sudah pastilah makanan laut ini sering anda temui di pantai jika anda bermain pasir. Seronok kan?

 

Keindahan Pantai Remis Perak

tempat menarik di pantai remis perak

Imej via [abdquddoos]

Tempat menarik di Pantai Remis, Perak ini cukup terkenal dengan pantainya yang cantik, airnya yang biru kehijauan dan suasananya yang cukup nyaman. Keadaan kawasan ini juga amat bersih dan indah.

Anda boleh melihat pemandangan matahari terbenam pada waktu petang hampir senja. Ia amat indah dan mudah untuk anda bergambar. Pada pagi hari, anda akan melihat banyak nelayan dan orang kapal berada di sini untuk memulakan kerja dan rutin harian mereka. Mungkin jika suasana hujan sahaja, kawasan ini tidak sarat dengan orang.

Melepak di jeti sambil bermain air juga sesuatu yang menyeronokkan bagi anda yang sukakan air laut. Sepanjang berada di sini, jangan ketinggalan untuk melakukan semua aktiviti-aktiviti menarik yang pasti anda takkan lupa.

 

Aktiviti Pantai Remis Perak

tempat menarik di pantai remis perak

Imej via [tempatmenarik]

Terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan ketika berada di tempat menarik di Pantai Remis, Perak ini.  Rugilah jika anda tidak amati dan alami sendiri keseronokan bercuti di pantai yang cantik ini. Mari lihat senarai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini.

1.  Fotografi Atau Bergambar

Bergambarlah sepuas hati anda kerana banyak pemandangan dan struktur kawasan ini yang boleh anda terokai dan bergambar. Ramai yang datang ke sini untuk bersesi fotografi seperti outdoor pengantin, pertunangan, model fotografi, projek asignment dan lain-lain lagi.

2.  Melihat Matahari Terbenam

Matahari terbenam memberikan panorama menarik apatah lagi tempat menarik di Pantai Remis ini berangin, dingin dan mengujakan. Duduk sahaja di atas jeti dan nikmatilah pemandangan terbaik di Pantai Remis ini.

tempat menarik di pantai remis perak

Imej via [kelleykatze]

3.  Mandi-Manda Dan Berenang

Bukan selalu nak mandi di laut yang jernih, bersih dan cantik! Apa kata kal ini anda berendam, berenang dan mandi-manda di sini pula.  Tempat menarik di Pantai Remis, Perak ini amat bebas, anda boleh pakai pakaian yang sesuai dan mandi pada bila-bila masa sahaja di sini.

4.  Snorkeling

Nak snorkeling? Tiada masalah. Pantai Remis yang cantik ini juga membolehkan anda menerokai dasar laut yang cukup indah. Anda dapat melihat pelbagai jenis ikan cantik, remis dan juga haiwan laut yang lain. Jangan lupa bawa pakaian yang sesuai untuk memudahkan anda snorkeling.

tempat menarik di pantai remis perak

Imej via [RinganTangan]

5.  Berkhemah di Sekitar Pantai Remis

Ingin rasai suasana yang berbeza apabila bercuti di tempat menarik di Pantai Remis, Perak ini? Anda boleh berkhemah di sekitar kawasan pantai. Pada malam hari, buatlah unggun api untuk lebih menarik dan memanaskan badan.  Banyak port yang sesuai untuk bina khemah di Pantai Remis.

6.  BBQ Dan Makan Malam

Pada malam hari, anda boleh melakukan aktiviti barbeque atau membakar di sini. Makanan seafood seperti ikan, kerang, ketam dan lain-lain lagi boleh anda jamah beramai-ramai. Pasti enak dan lazat sehingga bertambah-tambah.

tempat menarik di pantai remis perak

Imej via [youtube]

7.  Memancing

Khas untuk kaki pancing, tak rugi anda berkunjung ke tempat menarik di Pantai Remis, Perak ini. Anda boleh memancing ikan sepuas hati anda dengan ketenangan suasana air laut, pantai anda lebih fokus untuk memancing. Patutlah ramai juga geng pancing suka bertandang ke sini.

8.  Jual Beli Ikan Segar

Sepanjang perjalanan di Pantai Remis dan jalan, anda boleh melihat orang menjual ikan segar daripada laut. Nak beli atau nak melihat-lihat ikan jualan pun tiada masalah.

tempat menarik di pantai remis perak

Imej via [CitiesTips]

Pantai Remis, Perak Destinasi Pelancongan Sesuai Untuk Keluarga

tempat menarik di pantai remis perak

Imej via [Effort Lab]

Pantai Remis, Perak amat sesuai untuk anda bercuti bersama keluarga terutamanya jika anda datang bersama anak-anak, kawan-kawan, pasangan dan lain-lain lagi. Percutian yang begitu indah ini haruslah anda alami sendiri, lihat sahaja gambarnya, cantik sungguh tempat menarik di Pantai Remis ini. Amat rugilah jika anda tak berkunjung ke sini beramai-ramai.

Usai berkunjung ke Pantai Remis, singgah pula ke tempat menarik di Pantai Remis ini! Terdapat beberapa tempat boleh anda singgah untuk beraktiviti dan bergambar.

 

Pusat Pengurusan Penyu, Pantai Remis, Perak

tempat menarik di pantai remis perak

Imej via [jeejountravel]

Pusat Pengurusan Penyu yang merupakan tempat menarik di Pantai Remis Perak ini berada dalam lokasi Segari Perak. Ia mengambil jarak kira-kira 5 km dari Simpang Jalan Lumut – Pantai Remis.

Untuk pengetahuan anda, Pusat Pengurusan Penyu ini dibuka sejak tahun 1990 lagi. Anda boleh melihat 2 jenis penyu yang sering mendarat pada setiap tahun dalam bulan-bulannya yang tertentu. Sebagai contoh, penyu agar dan penyu lipas.

Ramai masih tidak tahu dan ingin melihat jenis-jenis penyu ini. Tempat menarik di Pantai Remis Perak ini akan membolehkan anda mengenali jenis penyu dan melakukan pelbagai aktiviti berkaitan penyu di sini.

tempat menarik di pantai remis perak

Imej via [menarikdi]

1.  Melihat Pameran Berkaitan Penyu

Anda boleh melihat pameran berkaitan penyu dan kitaran hayat penyu-penyu di sini sebagai salah satu pengetahuan am untuk anda dan keluarga. Banyak maklumat boleh anda dapatkan di sini, seolah-olah ini seperti muzium penyu pula!

2.  Bersiar-siar Dan Melawat Tapak Penetasan Penyu

Teringin nak tengok tapak penetasan penyu tetapi sukar untuk anda temui.  Berkunjung ke tempat menarik di Pantai Remis ini adalah peluang keemasan untuk anda saksikan sendiri tempat penetasan penyu di sini.

tempat menarik di pantai remis perak

Imej via [menarikdi]

3.  Melawat Kolam Penyu

Pusat pengurusan penyu ini juga menyediakan kolam penyu. Anda boleh lihat kolam penyu di sini. Anak-anak pasti seronok dan teruja apabila melihat rata-rata penyu berenang di dalam kolam.

4.  Melihat Perlepasan Anak-anak Penyu

Tak sangka tempat menarik di Pantai Remis Perak ini juga mempunyai aktiviti perlepasan anak penyu ke laut. Anda boleh melihat aktiviti ini dengan jelasnya ketika berada di tempat menarik di Pantai Remis ini.

 

Air Terjun Teluk Akuan | Air Terjun di Pantai Remis, Perak

tempat menarik di pantai remis perak

Imej via [Facebook]

Pernahkah anda dengar tentang Air Terjun Teluk Akuan? Tempat menarik di Pantai Remis ini adalah air terjun kecil yang mengalir terus ke laut berdekatannya.  Ia berdekatan dengan Sungai Batu dan satu-satunya cara untuk ke air terjun ini adalah dengan menggunakan jalan laut sahaja.

1.  Berkhemah 

Para nelayan tempatan sering berkunjung ke sini untuk mendapatkan air tawar sejak dulu lagi. Unik sangat, dalam lautan yang besar, terselitnya air terjun air tawar ini. Di sekitar tempat menarik di Pantai Remis ini juga membolehkan anda berkhemah.

2.  Bersantai

Jom bersantai seketika di sekeliling batu air terjun ini. Mungkin lebih mudah untuk anda mendapat ilham atau idea ketika bersantai-santai di sini.

 

Reservour Sungai Batu Pantai Remis Enterance

tempat menarik di pantai remis perak

Imej via [Tripmondo]

Reservour Sungai Batu Pantai Remis Enterance ini adalah tempat menarik di Pantai Remis untuk anda bersukan, bersenam, hiking dan juga jogging. Anda boleh beriadah dengan cara berjalan kaki, mendaki bukit dan lain-lain lagi.

Ia umpama hutan tetapi ia lebih kepada track laluan bukit. Pada waktu petang, ramai pengunjung ke sini untuk beriadah dan menghirup udara segar.

 

Masjid Al-Aliah | Masjid di Pantai Remis, Perak

tempat menarik di pantai remis perak

Imej via [ii.islam]

Masjid Al-Aliah adalah sebuah masjid lama yang telah dibina untuk memudahkan penduduk tempatan dan juga pengunjung luar yang singgah. Dengan adanya Masjid Al-Aliah ini, anda boleh singgah untuk solat dan bersiap-siap di sini ketika masuknya waktu solat.

Seni bina masjid ini amat unik dan berkonsepkan seni bina masyarakat melayu dimana terdapat ukiran di sudut bumbung dan lain-lain lagi.  Ruang parking yang luas amat mudah untuk anda meletakkan kenderaan tanpa perlu risau akan keadaan kereta anda.

 

Restoran Razak Rasaria | Restoran di Pantai Remis, Perak

tempat menarik di pantai remis perak

Imej via [fromthepasttothefuture]

Restoran Razak Rasaria ini merupakan tempat menarik di Pantai Remis yang membolehkan anda mengisi perut dan menjamu selera di sini.  Restoran di Pantai Remis ini menghidangkan makanan laut yang istimewa seperti ikan besar, ketam, udang dan lain-lain lagi.
Makanan paling istimewa di sini adalah Udang Ketak atau udang lipan. Wah, pasti ramai yang tak sabar nak merasai makanan laut yang marvellous ini kan! Restoran Razak Rasaria ini amat meriah dan sarat dengan pengunjung pada malam hari.
Datang pada 4.30 petang dan ke atas adalah masa terbaik kerana ia tidak ramai ketika itu. Walauapapun, seronok juga jika anda menikmati makanan seafood pada malam hari, pasti ia terasa lebih segar dengan ditemani udara segar yang dingin.

 

F1 Kanji Arab | Restoran di Pantai Remis Perak

tempat menarik di pantai remis perak

Imej via [foursquare]

F1 Kanji Arab ini cukup terkenal dengan hidangan mee udang dan western food yang pelbagai. Ia adalah sebuah restoran yang letaknya di Pantai Remis Perak. Sekiranya anda mencari makanan yang menarik dan sedap-sedap, F1 Kanji Arab inilah jawapan bagi pencarian anda.

Udang lipan pun boleh anda dapatkan di sini, seriously tempat menarik di Pantai Remis ini memang syurga makanan seafood yang sebenar. Jika anda tempah makanan berlauk, lauknya pun cukup banyak diberikan kepada anda. Sungguh berbaloi bukan?

 

tempat menarik di pantai remis perak

Imej via [Facebook]

Big Garden Homestay | Penginapan Di Pantai Remis Perak

tempat menarik di pantai remis perak

Imej via [booking]

Homestay Big Garden ini berdekatan dengan Taman Bintang Indah, Pantai Remis Perak. Ia adalah homestay terbaik yang boleh anda dapatkan di Pantai Remis. Banyak kemudahan yang telah disediakan di sini terutamanya perkakas rumah, barangan elektrik, ruang parking dan lain-lain lagi.

Sekitar tempat menarik di Pantai Remis yang merupakan tempat penginapan ini, terdapat gelanggang yang boleh anda gunakan untuk bermain bola ataupun badminton.  Rumah ini membolehkan anda menginap lebih dari 7 orang tiada masalah.

tempat menarik di pantai remis perak

Imej via [facebook]

Itulah dia tempat menarik di Pantai Remis, Perak dan aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Jom baca tempat menarik di Kuala Kubu Bharu dan tempat menarik di Bukit Kayu Hitam pula.

 

 

 

 

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.