Aaron Aziz Bidas Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM)? | Sebelum ini, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) telah mendakwa pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz mengarah filem tanpa permit. Susulan dari itu, Aaron Aziz telah membidas balik kenyataan berkenaan dan menyifatkan pihak berkenaan tidak selidik dahulu sebelum keluarkan kenyataan.

Menurut petikan sebuah portal berita, FDAM mendakwa Aaron selaku warganegara asing perlu mendaftar sebagai ahli jika mahu mengarah. Namun sebenarnya FDAM lupa, Aaron sudah mendaftar sebagai ahli dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Aaron Aziz ini disertakan bersama resit pendaftaran.

aaron aziz

“Bila nak buat statement sila check dulu. Nak mengarah kena ada permit ke? Sedangkan KDN bagitau saya yg sebagai Penduduk Tetap (PR) di M’sia saya dapat benefit yg sama dan boleh kerja apa apa pun cuma tak boleh undi. Dan saya akan rujuk kenapa saya perlu bayar sebanyak RM1500 kalau saya boleh dianggap BUKAN perkerja asing.” – Petikan Facebook Aaron Aziz

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.