Isu artis luar yang dibangkit oleh Zed Zaidi, kini Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) serta status permohonan Taraf Penduduk Tetap (PR) selama ini menjadi dua cerita yang saling berkait dengan Aaron. Namun, perkara itu barangkali bukanlah lagi satu beban yang merunsingkan buat Aaron. Persoalan tentang status PR Aaron Aziz yang selama ini dibangkitkan bukan lagi satu tanda tanya.

Status permohonan PR oleh Aaron yang didakwa telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah disebarkan kepada umum oleh mereka yang tidak dikenalpasti. Turut dilampirkan dalam e-mel tersebut ialah salinan kad MyPR milik isteri Aaron, Diyana Halik. Aaron mengesahkan dia dan isterinya kini pemegang MyPR.

Pendedahan mengenai berita kelulusan status PR Aaron hanya diketahui apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengirimkan salinan dokumen sulit itu kepada umum. Menurut Aaaron, beliau sudah memegang kad MyPR sejak awal Jun. Beliau juga harap pengakuannya ini akan menjelaskan segala persoalan semua pihak.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.