Sah, akhirnya Abby Abadi mengesahkan berita perkahwinannya dengan Farhan atau nama sebenarnya Muhammad Farhan Che Bakar, 24. Pernikahan mereka dilangsungkan pada 9 Julai 2013 lalu. Abby Abadi juga ada berkongsi gambar pernikahannya dengan Farhan. Anda boleh lihat disini → Gambar Nikah Abby Abadi dan Farhan

Dalam pada itu, Abby Abadi juga sempat berkongsi lebih lanjut detik pertemuannya bersama Farhan menerusi laporan Sinar Harian Online.

gambar nikah abby dan farhan

Menurut Abby, pertemuan pertama mereka berlangsung di sebuah pasar raya dan ketika itu masing-masing bertentang mata. Dua minggu selepas perkenalan tersebut, Farhan bertindak melamarnya dan mereka membuat keputusan untuk berkahwin. Malah Abby turut tidak menyangka bertemu jodoh bersama Farhan memandangkan jarak usia suaminya yang 12 tahun lebih muda.

Selain itu, Abby Abadi turut mendedahkan bakal mengadakan resepsi perkahwinan pada 31 Ogos depan dan majlis pihak lelaki akan diadakan seminggu selepas itu.

Tahniah diucapkan kepada Abby Abadi dan Farhan. Semoga kekal berbahagia.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.