Ada Peminat Mengadu Fara Fauzana Berlagak? | Kalau baca ruangan Miss J dalam Utusan Online memang penuh dengan cerita panas. Namun disitulah ruang untuk peminat menyampaikan luahan mereka dengan artis kita ini. Terbaru, Miss J ada menyebut berkenaan DJ Hot FM ni.

DJ berkenaan adalah Fara Fauzana. Siapa tak kenal Fara, antara DJ yang paling popular di Malaysia. Dia dan memenangi banyak anugerah diatas pemilihan peminat. Fara Fauzana juga dilihat antara DJ yang mesra peminat kalau kita dengar menerusi radio la. Oleh itu, tidak sangka pula ada peminat yang mengatakan Fara Fauzana ni berlagak.

Fara-Fauzana

Kata Miss J,  ada peminat mengadu padanya yang penyampai radio popular Fara Fauzana berlagak di majlis kenduri kahwin kenalannya. Terkejut juga dia dengan sikap Fara. Ternyata katanya, Fara sangat berbeza di luar waktu kerja. Sudahlah lokek senyuman, sombong pula tu. Minta untuk bergambar pun, Fara buat tak tahu saja. Peminat itu punyalah tunggu lama sampai tak sempat nak makan sebab nak bergambar kenangan dengan bintang pujaan hati. Tapi berulang kali minta bergambar sama tapi Fara tetap tak layan. Orang sekeliling yang perasan keadaan itu pun tertanya-tanya kenapa Fara bersikap begitu. Sebab biasanya kalau di konti dia bukan main ceria dan mesra. Hinggakan ramai tertanya-tanya begitukah ‘warna’ sebenar Fara?

Alahai, betul ke apa yang ammboi baca ni? Rasanya tak kot. Apa kata kita tunggu penjelasan dari Fara Fauzana sendiri pula. Tak adillah kalau kita dengar dari sebelah pihak sahaja.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.