Hebatnya cinta. Kerana cinta, empayar Rom musnah. Kerana cinta, seorang lelaki yang kacak, macho dan tampan seperti Kamal Adli sanggup melutut untuk menagih cintanya kembali. Itulah kehebatan cinta. Bak kata pepatah, lautan api pun sanggup direnangi.

Mungkin kalau si kekasih suruh terjun bangunan pun si lelaki sanggup lakukan kerana mabuk dilamun cinta. Memang ajaib penangan cinta ini. Lagi hebat apabila 6 tahun bercinta dan ditinggalkan begitu sahaja seperti yang dialami oleh Kamal Adli.

Mungkin ramai yang tumpang bersedih membaca luahan kata-kata Kamal Adli di BiPop hujung minggu lalu. Mana tidaknya, Kamal Adli sanggup berlutut di hadapan Intan Ladyana. Sayangnya Intan Ladyana buat tak tahu sahaja. Memang pedih jiwa dibuatnya.

Punca Intan Ladyana tinggalkan Kamal Adli? Jadi di sebalik perpisahan itu, apa agaknya punca Intan Ladyana tergamak memutuskan hubungan cinta dengan Kamal Adli? Takkan putus macam tu je? Jom baca di bawah pendedahan oleh ahli-ahli gosip di sebuah forum terkenal.

punca intan ladyana tinggalkan kamal adli[Sumber: Beautifulnara | Mymediahub | Forum berkenaan]

Berdasarkan beberapa komen diatas, punca Intan Ladyana tinggalkan Kamal Adli adalah kerana beliau sudah terlalu lama setia dan menunggu Kamal Adli. Bayangkan sudah enam tahun bercinta (ramai lagi kot yang lama bercinta), mungkin benar Intan Ladyana sudah tawar hati dengan alasan dan janji yang diberikan Kamal kepadanya.

punca intan ladyana tinggalkan kamal adli

Apapun, komen-komen berkenaan mungkin hanya gosip semata. Ia bukannya keluar dari mulut Intan Ladyana sendiri. Kini hanya Intan Ladyana dan DIA yang tahu jawapan sebenarnya…

p/s: Ada yang bertahun-tahun bercinta, berpuluh tahun bertunang sampai sekarang tak kahwin lagi…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.