Tahniah diucapkan kepada bakal pengantin iaitu Adam AF2 dan juga Fiza Elite. Mereka dilaporkan bakal menamatkan zaman bujang iaitu melangsungkan pernikahan pada hari Khamis, 26 September 2013 ini di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam, kira-kira jam 10 pagi.

adam dan fiza elite bernikah

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 29, cukup dikenali selepas menyertai program Akademi Fantasia musim kedua pada 2004. Penyanyi berasal dari Kota Kinabalu ini mendapat tempat ketiga dalam program realiti terbabit.

Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, pula ialah bekas anggota kumpulan Elite dan aktif berlakon drama dan filem. Dia juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada September 2006, namun bercerai pada November 2010. Fiza sebelum ini mendedahkan sepatutnya mendirikan rumah tangga semula pada Jun lalu, bersama individu yang tidak mahu didedahkan identitinya, namun rancangan berkenaan tidak kesampaian.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.