Kalau bab lakonan memang Adi Putra dan Nora Danish antara hero dan heroin hebat di Malaysia. Namun menurut info terbaru, Adi Putra dan Nora Danish akan bergandingan bersama untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang pengacaraan pula.

Memetik laporan Media Hiburan, sempena kedatangan bulan Ramadan, Adi yang menjadi duta untuk program Seindah Ramadan di TV3 akan bergandingan bersama Nora Danish untuk menyampaikan maklumat dan informasi sebelum setiap drama atau apa-apa segmen disiarkan. Berkongsi mengenai penglibatannya sebagai pengacara, Adi pada mulanya tidak menduga akan menerima tawaran seperti ini. Walaupun sekadar rakaman, Adi menjelaskan bidang pengacaraan mempunyai cabaran tersendiri.

adi putra dan nora danish

“Saya seorang pelakon dan apa yang saya tahu adalah berlakon sahaja, malah orang juga mengenali saya sebagai pelakon. Jadi apabila diberitahu tentang perkara ini, pada awalnya saya agak terkejut, namun, apabila berfikir sejenak, mengapa saya harus menolaknya. Kita nak beritahu sesuatu kepada penonton, jadi ia perlu ada isi dan info yang menarik. Gaya percakapan juga perlu diberi perhatian supaya penonton akan tunggu dan teruja untuk menonton program yang dikatakan,” kata Adi Putra yang akan muncul menerusi drama ‘Ijab dan Kabul‘ sempena hari raya nanti.

p/s: Tentu peminat Adi dan Nora teruja menantikan kemunculan hero dan heroin kesayangan mereka ni beraksi sebagai pengacara… jangan jadi ‘kayu’ sudah… hihi


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.