Terkejut juga ammboi baca mengenai laporan berita ini. Memang tidak sangka pelakon yang ammboi respek dan kagumi seperti Adi Putra boleh dikaitkan dengan kes sebegini. Menerusi laporan Berita Harian, Adi Putra, 32, dikhabarkan sedang dalam siasatan polis apabila seorang ahli perniagaan dari Johor mendakwa pelakon itu mempunyai skandal dengan isterinya.

adi putra

Selain itu, Adi Putra juga didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun, biarpun baru seminggu berkenalan.Difahamkan, hubungan antara pelakon terbabit yang sudah beristeri, dikesan suami wanita berkenaan yang terbaca mesej mereka ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu.

Menurut sumber, ahli perniagaan berusia 56 tahun itu mendapati isterinya saling menghantar gambar lucah kepada pelakon berkenaan. Berikutan itu, pengadu mengalami tekanan perasaan dan perkara itu kerap menimbulkan pergaduhan antara mereka.

Namun, menerusi laporan sebuah portal blog hiburan, difahamkan bahawa Adi Putra turut membuat laporan polis kerana menerima ugutan dari ahli perniagaan tersebut. Melalui salinan laporan polis itu, Adi Putra mengadu bahawa lelaki tersebut telah menghina dan menjatuhkan maruahnya serta menyuruh dia menceraikan isterinya. Lelaki berkenaan turut mengatakan bahawa dia akan memastikan kerjaya Adi Putra hancur. Dalam kenyataannya, Adi mengaku ketika dihubungi lelaki tersebut pada 7 Ogos lepas, dia telah memasang ‘loudspeaker’ sambil perbualan mereka didengari isterinya, Aida.

Apapun kes ini masih lagi dalam siasatan. Kita jangan terlalu cepat jatuhkan hukuman, Entah-entah siapa yang menyamar sebagai Adi Putra pun kita tak tahu. Sama-sama kita nantikan hasil siasatan pihak polis.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.