Adik Penyanyi Alyah, Faizal Dihukum Penjara 7 Tahun Kerana Menyamun | Adik penyanyi, Alyah dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas dia didapati bersalah menyamun ahli perniagaan warga Singapura, dalam kejadian pada Januari lepas.

Mohd Faizal Abu Hasan, 29, pembantu kedai makan, didakwa menyamun Rohana Jamal, 30, yang memegang pasport S7414495F dengan merampas beg tangannya, di hadapan Masjid Taman Tampoi Indah, dekat sini, kira-kira jam 1.15 petang, 23 Januari 2012 lalu.

Hakim Zamri Bakar memerintahkan Mohd Faizal menjalani hukuman terbabit bermula daripada tarikh dia ditahan, 15 Mac 2012. Tertuduh yang kini sudah bercerai dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam tertuduh, Syed Ahmad Sadik Syed Ahmad Kabeer memohon mahkamah menangguhkan hukuman berkenaan, namun ditolak Zamri dengan alasan tiada hak keistimewaan diberikan kepada tertuduh. (BHarian Online)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.