Adira Bercinta Dengan Kerabat Istana? | Sejak penyandang gelaran naib juara Akademi Fantasia (AF) 8 ini menceburi bidang seni, namanya cukup sinonim dengan kontroversi. Nama Adira sering dikaitkan dengan lelaki. Antaranya dengan Hafiz, kemudian dia dikatakan menjalin hubungan istimewa dengan AG Coco. Baru-baru ini pula dia dikatakan bercinta dengan Alif Aziz hingga dia dituduh punca hubungan Aliff Aziz dan Anne Ngasri putus di tengah jalan.

Terbaru, Adira digosipkan bercinta dengan kerabat istana. Kononnya ada yang melihat Adira keluar bersama lelaki berkenaan. Adira bagaimanapun dalam laporan BH Online menafikan ada jalin hubungan dengan orang istana, dan tak mahu peminat cetus spekulasi.

adira

“Pelik kenapa tidak ada yang menegur jika benar mereka melihat saya. Kenapa lebih senang membuat spekulasi? Tolonglah jangan buat tuduhan tanpa usul periksa, mungkin jejaka itu abang atau sepupu saya. Saya seorang yang manja dan memang suka bersikap begitu terutama dengan keluarga terdekat. Mungkin juga ketika itu saya sedang berbincang mengenai urusan perniagaan dengan pemilik produk tertentu,” jelas Adira.

“Kalau boleh saya tidak mahu komen perkara berbaur peribadi. Tapi saya hanya boleh jelaskan yang saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan golongan kerabat. Setahu saya, saya tidak pernah keluar dengan dikawal ketat pengawal peribadi,” jawab Adira lagi.

“Gosip mengajar saya menjadi lebih dewasa. Tapi ada kala tertekan juga dengan gosip melampau. Apa yang penting bagi saya adalah sokongan keluarga dan peminat. Keluarga faham kedudukan saya sebagai artis, jadi mereka tidak mudah melatah. Sebolehnya saya akan cuba untuk tidak melayan sebarang gosip kerana bagi saya perkara itu hanya boleh menjatuhkan semangat saya,” katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.