Sebagaimana yang kita tahu, penyanyi berkulit putih melepak, Adira, pernah digosipkan bercinta dengan jejaka yang berasal dari Kelantan, Shahrul. Khabar angin itu semakin bertiup kencang apabila kedua mereka dikatakan menempah baju perkahwinan. Bagaimanapun mereka berdua sering menafikan gosip berkenaan dan menyatakan hubungan itu hanya sekadar kawan.

Bagaimanapun status hubungan Adira dan Shahrul kembali mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik status romantik dengan sekeping gambar dalam dialek Sabah, di laman Instagram;

adira dan shahrul

“Nung koeilo ko piro ginumu sayang ku dika…aharap oku insan tadau koeilo ko…doa ku kuma dika kasasarii..”

Setelah dialih bahasa, nota itu membawa maksud mengenai rasa cinta Adira terhadap seseorang.

“Kau tahukah betapa banyak sayang saya sama kamu. Dan saya harap satu hari nanti kamu akan tahu”.

nota cinta adira

Ada yang berpendapat sudah tentu luahan berkenaan ditujukan kepada Shahrul. Kalau tak siapa lagi kan? Selain itu, ramai peminatnya turut komen status itu berharap hubungan mereka berdua hingga ke jinjang pelamin.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.