Adira Mohon Tidak Dikaitkan Dengan Aliff Aziz dan Anne Ngasri | Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22 meminta semua pihak tidak mengaitkannya sebagai punca keretakan hubungan cinta penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz dan Anne Ngasri. Adira menegaskan dia tidak terlibat dalam keretakan hubungan pasangan itu dan berharap semua pihak menghormati perasaannya.

“Saya tidak terlibat langsung dalam keretakan hubungan mereka dan saya tidak mahu terlibat dalam masalah yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini,” ujarnya ringkas dalam portal mStar Online.

Adira menjawab tuduhan kononnya dia menjadi punca hubungan Aliff dan Anne putus apabila mereka berdua dikatakan kononnya telah jatuh cinta ketika bertemu di lokasi penggambaran drama Tiara yang sedang ditayangkan menerusi saluran Astro Prima.

Dalam pada itu, Adira berkata, hubungannya dengan Aliff hanya bersifat profesional dan tidak lebih daripada itu dan dia turut hairan bagaimana cerita tersebut tersebar. Malah kata Adira, selepas hubungannya dengan AG (Coco) gagal, dia tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti sebaliknya lebih selesa menikmati kehidupan solo.

“Saya hanya mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya nyanyian dan lakonan dan kini lebih selesa tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana lelaki,” jelasnya.

Bagaimanapun Adira berkata, dia berharap kemunculan “single” duet terbarunya bersama Aliff berjudul “Keajaiban Cinta” tidak akan menjadi kontroversi selepas ini. Katanya lagu berkenaan hanya sebuah lagu duet untuk drama Tiara yang dia dan Aliff sama-sama berlakon. Hubungan mereka tidak lebih daripada itu. Adira berharap tiada sebarang gosip lain timbul gara-gara kolaborasi itu.

Sementara itu, Adira berkata, dia semakin selesa bergelar pelakon namun masih meletakkan nyanyian sebagai karier utamanya. Malah dia hanya berlakon untuk mengisi masa lapang selain menambah ilmu terutamanya dari segi pembinaan watak bagi sesuatu karektor.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.