Adira Nafi Bercinta Dengan Aliff Aziz| Adira tampil menjelaskan keadaan sebenar mengenai gosip cintanya dengan bekas kekasih Anne Ngasri, Aliff Aziz. Ini kerana dia tidak mahu dilabel sebagai wanita jahat yang menjadi punca perpisahan Aliff Aziz dan Anne Ngasri. Adira menafikan mempunyai hubungan cinta sebenar dengan Aliff sedangkan dia dan Aliff hanya bercinta dalam drama sahaja.

“Sebolehnya saya tidak mahu ada kaitan dengan cerita perpisahan Aliff dan Anne. Saya tidak kacau pun percintaan mereka. Im not that type of person. Saya hanya menjadi kekasih Aliff untuk drama Tiara yang bakal disiarkan pada 22 Oktober 2012 depan di Astro Prima.

“Terus-terang, saya dan Aliff hanya kawan biasa saja. Saya pun tiada masa nak ambil tahu tentang mereka. Apatah lagi bertanyakan tentang hal putus cinta itu. Saya hanya ingat keadaan mereka okay saja. Ketika berlakon dengan Aliff, saya tidak tahu pun dia ada masalah dengan Anne. Kalau saya nampak dia murung pun, saya anggap ianya hanyalah perkara yang biasa dalam percintaan. Sekali lagi, saya tidak mahu campur tangan dalam urusan orang lain,” kata Adira dalam portal murai.com.my.

Dalam pada itu, Adira berani menjamin bahawa hubungannya dengan Aliff tidak akan berubah menjadi cinta lokasi walaupun pada dasarnya mereka agak sukar mencari chemistry dalam drama berkenaan.

“Saya guarantee, hubungan kami tidak akan berubah menjadi pasangan kekasih di luar lokasi. Perasaan cinta hanya wujud dalam drama saya. Saya pun bercinta dengan dia untuk drama saja. Tidak lebih dari itu. Saya hanya lakukan semua ini atas dasar kerja. Saya tidak boleh menolak tanggungjawab sebagai pelakon. Sewaktu shooting pun, saya berkawan dengan semua orang dan bukan dengan Aliff seorang saja. Terus-terang, saya tidak ada keluar dengan dia apatah lagi hubungi dia. Saya menafikan gosip ini kerana ia tidak wujud langsung,” jelasnya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.