Nasib baik dunia hiburan di negara kita tidak meletup semalam. Masakan tidak, gempar satu Malaysia mengenai berita pernikahan pelakon popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Paling mengejutkan, Wawa Zainal dilaporkan sudah selamat bersalin anak lelaki dan kini berada dikampung halamannya.

pernikahan aeril zafrel dan wawa zainal

Sudah tentu berpusu-pusu pihak media mahu mendapatkan penjelasan dari tuan punya badan. Namun begitu, mereka dikatakan hampa kerana Aeril dan Wawa masing-masing gagal untuk dihubungi. Bagi mendapatkan sedikit kepastian, pihak Melodi telah menghubungi antara orang yang terapat dengan meraka iaitu, David Teo dan beliau ada menerangkan sedikit sebanyak mengenai isu tersebut disini – – VIDEO PENJELASAN DAVID TEO ISU AERIL ZAFREL DAN WAWA ZAINAL SUDAH BERNIKAH?

Bagaimanapun penjelasan David Teo itu bukan penentu segalanya kerana beliau sendiri dilihat kurang pasti dengan status terkini Aeril dan Wawa. Sudah tentu kita sewajarnya menunggu penjelasan dari mulut Aeril Zafrel atau Wawa Zainal berkenaan gosip pernikahan dan kelahiran anak mereka itu. Adakah ia benar atau sekadar gosip semata.

Sebelum itu, menerusi laman sosialnya, Aeril Zafrel dilihat kecewa dengan laporan berita berkenaan. Beliau juga berkata, akan dedahkan apa yang berlaku, siapa dan tujuan orang berkenaan menyebarkan berita ‘palsu’ itu bila sampai masanya nanti. Pembantu peribadinya Aman, pula berkata, buat masa ini pelakon tersebut sedang sibuk dengan penggambaran drama namun ada memberitahu akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang menyebarkan berita itu.

“Yang rasa mahu mendapatkan kepastian atau tidak, rasanya boleh hubungi penulis artikel berkenaan [email protected] Terima Kasih kak Raja. Sayang akak. Sampai masanya nanti saya akan dedahkan siapa dan tujuan sebenar ‘mereka’ itu. Hasbunallah Wani’malwaqil,” tulis Aeril Zafrel dalam laman Twitternya.

Sebelum ini, pasangan tersebut  pernah menafikan hubungan cinta mereka dan hanya mengeluarkan kenyataan hanya kawan. Kemudian, isu ini menjadi panas apabila, pasangan ini dikatakan telah mempunyai cahaya mata lelaki yang kini berusia 6 minggu seperti yang dilaporkan Berita Harian, semalam. Mereka juga, dikatakan telah mendaftar pernikahan di Pejabat Agama Daerah Petaling pada 4 Februari 2013 lalu.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.