Aeril Zafril Berlakon Filem Hollywood, Bergandingan Dengan Sharon Stone | Tidak sangka Aeril Zafril berjaya menarik minat produser bertaraf antarabangsa untuk mengambilnya berlakon. Menurut beberapa laporan berita hiburan, Aeril Zafril dikhabarkan berlakon dalam sebuah produksi filem Hollywood di samping aktres Sharon Stone dan Christina Ricci.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Aeril Zafrel mengesahkan pembabitannya sebagai pelakon utama filem berkenaan dan dia kini menjalani penggambaran di London dan tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat lanjut mengenai filem itu kerana terikat dengan perjanjian dengan pihak penerbit.

aeril zafril dan christina ricci

Aeril Zafril bersama Christina Ricci dalam muzik video sebagai promosi awal filem yang dibintangi mereka.

“Seorang kenalan saya di London meminta saya menghantar profil kerjaya saya pada tahun lalu dan tidak lama kemudian pihak produser terus menghubungi saya kerana mendapati saya menepati kriteria lelaki Asia yang mereka cari untuk watak tersebut,” jelas Aeril  yang turut melahirkan rasa terujanya apabila dapat berlakon disamping Sharon Stone dan Christina Ricci.

p/s: Harap filem yang mantap dan Aeril memanfaatkan peluangnya ini untuk tampil di pentas antarabangsa.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.