Afdlin Shauki Akui Takut Ke Gaza Namun Bersedia Realisasikan Misi | Afdlin Shauki yang merupakan Duta Aqsa Syarif akan berangkat ke Gaza, Palestin pada 3 Disember 2012 ini. Dalam pada itu, beliau mengakui berasa agak gementar untuk berangkat ke bumi Palestin bagi menyertai misi ‘Aqsa Syarif ke Gaza’ (A2G11). Namun Afdlin bersama 15 ahli rombongan yang lain sudah bersedia dan akan berada disana sehingga 10 Disember 2012 depan bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa kekejaman Zionis.

Memetik laporan gua.com.my, walaupun timbul perasaan takut untuk menjejakkan kaki di bumi Gaza, namun artis serba boleh ini meletakkan ketepi perasaan gementarnya itu dan mengakui harus menguatkan semangat bagi merealisasikan misi tersebut.

“Saya bukan seorang yang berani dan akui rasa takut serta seram untuk pergi ke sana. Tapi, bila bayangkan penduduk di Gaza boleh tinggal di sana setiap hari, kenapa saya tidak boleh. Namun, tidak dinafikan saya agak gementar dan pada masa yang sama sedih kerana harus tinggalkan anak-anak serta isteri.

“Saya juga rasa ralat kerana ketika mengutarakan hasrat saya kepada keluarga untuk ke sana, anak-anak saya menangis. Namun, akhirnya mereka faham dan terima perkara ini. Tidak dinafikan, ramai juga rakan-rakan yang menghalang saya untuk pergi ke sana namun tidak kurang juga ada yang menggalakkan. Apapun, Alhamdulillah kerana isteri dan ibu menyokong saya walaupun mereka berasa berat hati untuk membenarkan saya pergi,” ujar Afdlin mengakui sudah membuat persediaan untuk ke sana.

“Sebagai persiapan, saya jumpa ahli keluarga dan rakan-rakan untuk memohon maaf apa yang mampu. Saya juga bertanya kepada Pengerusi Aqsa Syarif iaitu Prof Madya Dr Hafizi Mohd Noor tentang keadaan di sana memandangkan pihak mereka selalu pergi ke sana. Menurut Prof, budaya penduduk di sana sangat meraikan tetamu. Jadi, mereka akan pastikan keselamatan tetamu didahulukan walaupun mereka terpaksa berkorban nyawa.”


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.