Aidil Buat Kes Mahkamah Seperti Main Bola | Entah sampai bila baru kes pasangan popular ini akan selesai. Seperti main tarik tali gayanya. Mungkin pihak mahkamah pun sudah muak dengan gelagat salah seorang dari mereka ini yang dilihat macam sengaja mempermainkan mahkamah. Bak kata peguam Rita Rudaini, Datuk Mohd Zaidi Md. Zain, tindakan Aidil Zafuan itu seperti bermain bola.

Untuk makluman, petang semalam telah berlangsungnya kes bantahan yang dikemukakan oleh pelakon Rita Rudaini Mohktar terhadap permohonan kembali taat (nusyuz) yang difailkan suaminya, Aidil Zafuan Abd Razak di Mahkamah Syariah Daerah Petaling, pada 16 Mei 2012. Namun sekali lagi Aidil tidak hadir. Aidil juga tidak hadir ke mahkamah pada prosiding 18 Jun 2012 lalu.

Kelibat Aidil turut tidak kelihatan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi kes hak lawatan anak-anak yang difailkannnya pada 20 Jun 2012. Mungkin sebab itulah Datuk Mohd Zaidi Md. Zain, menganggap tindakan Aidil itu seolah-olah menganggap kes mereka ini seperti bermain bola. Beliau juga menegur sikap Aidil yang seolah-olah Aidil bermain dengan undang-undang dan prosedur mahkamah. Walaubagaimanapun beliau memuji dan ‘tabik’ pada komitmen Rita Rudaini yang baginya sangat bagus.

Ini pula penjelasan penguam Aidil, Ahmad Nazib Johari selepas ditanya oleh Hakim Syarie, Tuan Wan Mahyuddin Bin Wan Muhammad. Beliau menjelaskan :

  • Prosiding ini adalah merupakan tarikh sebutan bagi memastikan dokumen defendan difailkan ke mahkamah.
  • Anak guamnya tidak mendapat pelepasan pada petang ini kerana terikat dengan latihan bola sepak bagi persediaan menentang Arsenal pada 24 Julai depan. Jika pada tarikh akan datang masih juga sebutan, pihaknya minta mahkamah mengecualikan anak guam saya hingga ke tarikh keputusan.
  • Pihaknya juga perlu sedikit masa dalam tempoh 14 hari untuk memberi jawapan mengenai bantahan yang dibuat oleh pihak Rita Rudaini.

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.