Baru-baru ini terlerai sudah tanda-tanya mengenai hubungan bekas suami pelakon Rita Rudaini iaitu Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dengan seorang wanita. Seingat ammboi, sebelum ini pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Rita yang mendakwa pelakon itu meroyan dan sebagainya apabila Rita mendakwa Aidil ada wanita lain sebelum mereka disahkan bercerai.

Ini kerana pada minggu lalu, sebuah portal melaporkan Aidil, 26, yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan Zarema Zainal bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan. Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Aidil yang mengaku terhadap khabar angin tersebut.

Oleh itu, pendedahan dari Aidil itu langsung tidak mengejutkan Rita Rudaini. Rita, 37, berkata, gosip mengenai perhubungan Aidil serta Zarema sudah lama diperkatakan sebelum dia bercerai dan berita perkahwinan itu sekaligus membuktikan bahawa khabar angin percintaan pasangan itu sememangnya benar.

rita rudaini dan anaknya

“Saya memang dah jangka dia (Aidil) akan berkahwin dengan wanita itu (Zarema) dan tidak terkejut dengan berita perkahwinan mereka. Malah gosip jalinan cinta mereka sebelum ini sudah menunjukkan siapa diri Aidil yang sebenar,” katanya dipetik portal mStar Online.

Tambah Rita, dia enggan mencampuri urusan perkahwinan pasangan berkenaan namun berharap agar Aidil tidak lupa memberikan nafkah kepada dua orang anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

“Sekarang ini saya telah membuat tuntutan nafkah sebanyak RM5,000 di mahkamah dan kes ini masih lagi belum selesai. Pelik juga bila dia bangkitkan tuntutan saya itu tidak munasabah. Bukankah wang itu untuk anak-anaknya juga? Biarlah dia nak kahwin dengan sesiapapun, yang penting kebajikan anak-anak tidak dilupakan. Kalau nak diikutkan, saya mampu menyara anak-anak tetapi saya tidak mahu dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa,” tegasnya.

Rita dan Aidil telah sah bercerai talak satu pada 5 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.