Dah lama juga isu masalah rumah tangga pasangan popular ini menjadi buah mulut media dan peminat di Malaysia. Nampaknya krisis yang dialami oleh Rita Rudaini (36 tahun) dan Aidil Zafuan (25 tahun) semakin mencapai kemuncaknya. Menurut laporan sebuah portal hiburan sensasi, Rita Rudaini dikatakan menerima mesej daripada suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak mengenai permohonan cerai.

“Saya anggap apa yang berlaku sudah tertulis sebagai takdir saya. Saya percaya pada qada’ dan qadar Allah dan terima ia dengan redha. Malah, saya bersyukur sangat-sangat kerana kekuatan saya adalah pada mata anak-anak. Saya tidak kisah hilang yang lain asalkan anak-anak sentiasa bersama saya,” – Rita Rudaini

Bagi Rita, beliau anggap apa yang berlaku sebagai takdir yang sudah tertulis untuknya, dan beliau tidak mahu melayan perasaan sedih sebaliknya hanya ingin menumpukan perhatian kepada anak-anak. Menurut Rita, permohonan penceraian tersebut tidak langsung memeranjatkannya memandangkan Aidil sendiri tidak pulang ke rumah mereka di Damansara sejak empat bulan lalu. Mengakui sudah tawar hati dengan perangai suaminya, Rita bagaimanapun tidak pernah menyesal bergelar isteri kepada pemain bola sepak itu.

“Saya berkahwin dengannya atas dasar sayang dan cinta bukannya sebab duit. Pelbagai dugaan telah saya lalui sepanjang berkahwin dengannya malah saya pernah dipulaukan oleh orang kerana keputusan kami untuk berkahwin. Setiap kali kami ada masalah, dia sering sahaja menghilangkan diri dan meninggalkan saya dan anak-anak. Saya perlukan seorang lelaki yang matang dan tegas serta dapat melindungi diri saya dan anak-anak, bukannya lelaki yang lari apabila ada masalah. Secara jujurnya, sudah lama saya tawar hati dengan dia (Aidil), tetapi hanya kerana memikirkan anak-anak, saya tidak mahu perbesarkan hal ini,” – Rita Rudaini

Bagaimanapun, menurut Rita, dia hanya mengikut ketentuan Allah dan bersedia sekiranya sudah tertulis jodoh mereka masih panjang. Apapun harap masalah Rita Rudaini dan Aidil dapat diselesaikan dengan cara sebaiknya. Fikirkan impak yang perlu ditanggung anak-anak. Pasal takde restu keluarga pula, ibu bapa kena faham, jangan ikut keras hati masing-masing jer.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.