Aidil Minta Rita Hentikan Sandiwara? | Dalam perbicaraan semalam, permohonan cerai pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak (Aidil) terhadap isterinya pelakon, Rita Rudaini telah ditolak Mahkamah Rendah Syariah. Hakim telah mengarahkan agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas pendamai sebelum proses cerai berkenaan dapat dilakukan. Ini kerana Rita telah membantah permohonan itu dengan alasan dia masih sayangkan suaminya itu.

Memetik laporan Kosmo hari ini, Aidil meminta isterinya, Rita Rudaini Mokhtar supaya hentikan sandiwara dan segera menamatkan krisis rumah tangga mereka yang berlanjutan sejak lebih setahun lalu.

rita rudaini dan aidil zafuan

“Kalau dia masih sayangkan saya, kenapa dia tidak mengikut arahan saya sebagai seorang suami. Saya bukan meminta dia membuat perkara yang tidak baik. Saya harap dia berhenti ‘berlakon’ seolah-olah masih sayangkan saya, kerana banyak kenyataannya di dalam akhbar sebelum ini mengaibkan saya sebagai seorang suami,” tegas pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim itu kepada media sejurus prosiding.

p/s : kalau boleh bincang dulu, mana tahu ada penyelesaiannya…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.