Aidil Zafuan Bakal Ceraikan Rita Rudaini 25 Februari Ini? | Nampaknya kemelut rumah tangga pemain bolasepak Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan dan pelakon, Rita Rudaini bakal berakhir tidak lama lagi. Jika benar sebagai laporan media, Aidil bakal ceraikan isterinya itu pada 25 Februari 2013 ini, iaitu pada tarikh ulang tahun pernikahan mereka.

Menerusi laporan Malaysia Digest, pada 25 Februari ini, Aidil Zafuan yang dilaporkan ada memfailkan permohonan cerai yang dijangka bakal menjadi hari yang penting buat pemain bola sepak kebangsaan dan aktres itu. Bagaimanapun, Rita Rudaini berkata yang beliau sendiri tidak pasti sama ada Aidil Zafuan akan melafazkan talak atau menarik balik permohonan cerai seperti sebelum ini.

rita dan aidil ammboi

“Namun, Aidil (Zafuan) sengaja pilih tarikh ulangtahun perkahwinan kami yang kelima untuk kes permohonan cerai ini. Mungkin dia nak ceraikan saya sebab nak kahwin dengan Zarema,” ujar Rita Rudaini.

Rita Rudaini juga mendakwa telah menerima e-mail daripada seseorang yang mendakwa Aidil Zafuan kini sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis bernama Zarema Zainal. Menurut e-mail tersebut, Aidil Zafuan dan Zarema Zainal telah merancang untuk berkahwin pada Julai 2013 selepas menceraikan Rita Rudaini.

aidil-zarema

Inilah wanita bernama Zarema Zainal (kiri) seperti yang didakwa Rita Rudaini. Kredit foto rotikaya.com

“Sebenarnya, saya dah tahu perkara ini sejak Aidil bermain dengan ATM lagi. Seperkara lagi, saya dah lama pasrah sejak Aidil keluar dari rumah. Apa saja keputusan Aidil selepas ini, saya sudah lama pasrah”

Semoga Rita Rudaini dan anak-anak dapat menempuh segala dugaan dengan tabah.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.