Jika info ini benar, ammboi ucapkan tahniah kepada pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak. Ada sumber berita melaporkan Aidil yang sudah sah bercerai dengan pelakon Rita Rudaini bakal menamatkan zaman dudanya pada bulan Mac tahun hadapan.

Sumber berita itu turut sertakan sekali pengakuan dari Aidil yang pada mulanya enggan mengulas mengenai isu ini. Bagaimanapun Aidil tidak menyatakan tarikh perkahwinannya. Wanita yang bakal dikahwini pula adalah anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor iaitu Zarema Zainal.

aidil zafuan dan zarema zainal

“Insya-Allah, jika menjadi kenyataan saya akan jemput. Namun sama ada bulan Mac atau sebaliknya, saya enggan maklumkan dahulu. Lagi cepat lagi bagus,” ujarnya yang masih berteka-teki mengenai tarikh sebenar.

Ok lah tu. Harap calon kali ini direstui oleh semua pihak. Jangan ada masalah lagi dikemudian hari. Semoga segalanya berjalan lancar. Amin…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.