Beraya Bersama Aliff Aziz Di Singapura | Cerita mengenai pergolakan rumah tangganya sebelum ini seolah-olah masih lagi baru, namun ibu muda beranak 3 ini memang tabah dalam menempuhi kehidupan setelah kembali solo apabila memutuskan untuk bercerai dengan bekas suaminya, Wafi.

Kehadiran Aidilfitri kali ini tentunya berbeza buat pelakon Anne Ngasri. Hatinya yang sebelum ini kosong rentetan dari keruntuhan rumah tangga, kini terisi dengan kehadiran insan tersayang. Andai sebelum ini, agenda hari raya hanya tertumpu di sekitar Johor, langkah Anne nampaknya lebih panjang apabila dia akan menyeberangi Selat Tebrau untuk berhari raya.

Anne nyata cukup terbuka apabila diajak berbicara mengenai temannya yang satu itu, siapa lagi kalau bukan jejaka bernama Aliff Aziz. Jurang perbezaan umur tujuh tahun tidak menghalang mereka untuk menjalin hubungan lebih serius. Ujar Anne dalam sebuah portal berita, dia masih lagi sedang mengenal hati budi penyanyi kelahiran Singapura itu.

“Walaupun jurang usia kami tujuh tahun tetapi Aliff matang. Dia seorang yang ‘gentleman’ kerana berani bertemu dengan orang tua saya biarpun ketika itu kami baru berkawan. Malah, dia boleh menerima anak-anak saya. Ibu bapanya juga sangat terbuka, mereka boleh menerima status saya. Saya tidak mahu hubungan yang tidak mendapat restu, malah sepanjang perkenalan sudah beberapa kali saya bertemu ibu bapanya,” katanya.

Tambah Anne, pada hari raya nanti, dia mungkin akan berkunjung rumah keluarga Aliff. Luah Anne, dia punya perancangan untuk melangkah setapak lagi dalam perhubungannya bersama Aliff tetapi belum memikirkan secara serius.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.