AirAsia Tawar 2 Juta Tempat Duduk Percuma? | Bermula pada 2 April 2013, jam 12.01 minit pagi tadi, AirAsia menawarkan 2 juta tempat duduk percuma ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa, tidak termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api. Promosi itu ditawarkan untuk tempahan bermula hari ini hingga 7 April 2013 bagi tempoh perjalanan bermula 1 Januari 2014 hingga 30 April 2014.

Menurut laporan Sinar Harian Online, antara destinasi ditawarkan adalah Singapura, Krabi, Hatyai, Phnom Penh, Yangon, dan Jakarta di samping destinasi tempatan seperti Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bahru, Terengganu dan lain-lain. Sempena promosi itu, AirAsia X turut menawarkan tambang rendah ke destinasi jarak jauh dari Kuala Lumpur ke lokasi seperti Taiwan, China, Jepun, Korea Selatan, Nepal dan Australia.

Menurut kenyataan AirAsia, penumpang yang menempah penerbangan untuk perjalanan tahun depan boleh menikmati kemudahan tambahan melalui peningkatan frekuensi penerbangan ke destinasi seperti Chengdu, Sydney, Perth, Melbourne dan Taiwan. Selain itu, penumpang berpeluang menempah penerbangan Fly-thru jarak jauh AirAsia X termasuk dari Australia (Sydney, Perth, Melbourne, Gold Coast) ke Nepal (Kathmandu), Jepun (Osaka) dan China (Chengdu, Hangzhou, Beijing, Shanghai) dan lain-lain.

Menurut AirAsia lagi, tempahan boleh dibuat melalui laman web www.airasia.com atau di mobile.airasia.com dan aplikasi AirAsia untuk peranti iPhone dan Android.

2 Juta Tempat Duduk Percuma? Harga Bermua RM26?

free seat airasia

Berdasarkan kepada pengamatan ammboi, beberapa lokasi dan tarikh sudah ammboi cuba, namun tak jumpa lagi yang berharga RM26. Semuanya mahal-mahal belaka. Rasanya kalau AirAsia nak buat promosi biar jelas. Berdasarkan banner promosinya kata free seat ini hanya untuk lokasi Brunei, China, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura, Kemboja, India, Laos, Malaysia, Vietnam dan Thailand serta katanya tidak termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api. Namun bila ammboi cuba tempah caj bahan api dan cukai tetap ada. Bagaimana tu?

Istilah Siapa Cepat Dia Dapat?

Alamatnya hanya seorang dua jela yang akan dapat untuk satu-satu destinasi. Habis bagaimana pula dengan 2 juta tempat duduk tu? Habis atau hanya promo semata? Tapi, jika dilihat yang ada pun dah rendah daripada biasa. Namun lebih baik AirAsia berterus-terang mengenai harga dan bukannya dengan meletakkan harga minima yang mengelirukan sebegini.

p/s: Panas sebab dari semalam mencuba namun tak dapat pun harga offer ni… ada sesiapa yang dapat?

NAK CUBA TEMPAH?

SILA KE AIRASIA.COM


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.