Aisha Masnamimi Bergelar Juara Bintang RTM 2012 | Aisha Masnamimi Safie @ Shafie yang berasal dari Kuantan, Pahang muncul juara Pertandingan Bintang RTM 2012 selepas menewaskan lima peserta lain di Auditorium Perdana Angkasapuri malam tadi.

Aisha Masnamimi, 23, yang mendendangkan dua buah lagu iaitu ‘Kisah Hati’ dan ‘Fantasia’ membawa pulang sebuah kereta Cherry Tiggo, wang tunai RM20,000 selain trofi, sijil penghargaan dan hadiah iringan yang disampaikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Selain itu, Aisah merangkul anugerah Bintang Paling Popular yang menawarkan wang tunai RM5,000 serta trofi, sijil penghargaan dan hadiah iringan. Tempat kedua dimenangi Fitri Hakim Omar Walid ,19, dari Perak manakala tempat ketiga oleh Mohd Hafsyam Noordin, 25.

Profile Aisha Masnamimi

  • Nama Sebenar : Aisha Masnamimi Safie @ Shafie
  • Status : Bujang
  • Umur : 23 Tahun
  • Asal : Kuantan, Pahang

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.