Aizat Selesa Dengan Imej Misai Kontot | Mungkin ada yang masing terbayang-bayang dengan kejutan penampilan Aizat semasa membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu 27, tahun lalu. Ketika itu Aizat menyanyikan lagu Terukir Di Bintang (Yuna) dengan penampilan ala broadway oleh Aizat Amdan. Sudah tentu paling menjadi tumpuan adalah misai kontot Aizat selain dengan gaya santainya itu.

Menurut laporan Utusan Online, Aizat berkata, dia tidak merancang imej terbaru itu, sebaliknya terjadi secara kebetulan.

aizat ajl2012

“Memang tidak merancang pun. Saya sudah rimas dengan rambut lama yang panjang dan sebab itu saya potong. Misai pula mula panjang semasa saya berada di luar negara. Lepas itu saya fikir macam mahu membiarkannya sahaja. Bila dah mula panjang, dan saya sendiri pun sudah rasa rimas, itu yang kemaskan sahaja misai saya sampai jadi macam sekarang,” ujarnya.

aizat amdan misai kontot

Tidak mengambil masa yang lama, jelas Aizat, dia hanya memerlukan sekitar lima ke 10 minit sahaja untuk mengemaskan misainya.

p/s : penampilan baru Aizat nampak lebih matang dan kemas…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.