Akademi Fantasia (AF) 10 Akan Muncul Tidak Lama Lagi? | Ada yang rindu dengan program pencarian bakat terbitan Astro ini? Dengar khabarnya, Akademi Fantasia (AF) akan muncul kembali dengan musim sepuluh (10). Sebelum ini, pihak Astro mengumumkan Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) sebagai musim terakhir namun menurut sumber berita, program yang hampir dua tahun dihentikan itu bakal kembali mewarnai kaca televisyen, tidak lama lagi.

Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh mengesahkan khabar angin berkenaan dalam satu laporan BH Online. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas dengan terperinci mengenai AF musim terbaru berikutan pengumuman rasmi akan dibuat, esok. Katanya, pihak Astro telah mendapat kebenaran untuk mengubah format program Akademi Fantasia dari pemiliknya dan pihaknya yakin musim baru AF akan mencetus fenomena sekali lagi.

akademi fantasia musim 10 kembali

“Selama AF dihentikan, kami melakukan pelbagai kajian dan mencari formula melonjakkan kembali program ini. AF menjadi tulang belakang yang penting kepada Astro dan kebetulan pula sudah agak lama kami tidak mempunyai program mencari bakat baru kecuali Raja Lawak. Jadi kami fikir ini waktu yang sesuai untuk mengembalikan AF.

“Apa yang akan diperkenalkan untuk musim terbaru hanya didedahkan pada sidang media nanti. Setakat ini apa yang boleh saya beritahu, kita akan mengubah sedikit format program itu bagi disesuaikan dengan keadaan sekarang. Kita akan menggunakan laman sosial sebagai medium untuk mengetengahkan kembali program ini.

Sebelum ini, kami tidak dibenar menukar langsung format program itu. Ia menjadi salah satu sebab kenapa AF diberhentikan seketika. Tetapi selepas dua pertemuan dengan pemilik program itu, akhirnya kami diberi kebenaran untuk mengubah sedikit format AF,” katanya dipetik dari laporan HIP-BH Online.

Akademi Fantasia musim pertama diperkenalkan pada 2003 hingga muncul program yang mendapat tontonan tertinggi di Astro Ria. Berikut adalah Senarai Pemenang Akademi Fantasia (AF):

  1. AF1- Vince Chong
  2. AF2 – Zahid
  3. AF3 – Mawi
  4. AF4 – Faizal
  5. AF5 – Mila
  6. AF6 – Stacy
  7. AF7 – Hafiz
  8. AF8 – Shahir
  9. AF9 – Hazama

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.