Akaun Instagram Palsu, Anzalna Mohon Jangan Aib Namanya | Anzalna Nasir, aktres yang ammboi mula kenali sejak isu pergaduhannya dengan Neelofa (juga baru kenal masa tu). Boleh dikatakan lakonan kedua-dua pelakon ini tidak pernah ammboi tonton lagi sebelum itu. Atau, ammboi memang tak kenali mereka sebelum kontroversi pergaduhan antara mereka. Terbaru, ada kisah akaun Instagram palsu yang menggunakan nama Anzalna.

Biasalah tu, memang ramai pemilik fanpage yang mengambil kesempatan menggunakan nama artis untuk menaikkan jumlah like fanpage mereka. Sedangkan yang update info dalam fanpage berkenaan bukannya artis berkenaan. Jadi, Anzalna antara artis yang tidak terlepas dari menjadi mangsa fanpage.

Baru-baru ini Anzalna mendedahkan dia telah menjadi mangsa penipuan akaun palsu Instagram yang menggunakan nama Anzalna Nasir dan gambar-gambar peribadinya. Luah Anzalna, dia kecewa dengan tindakan individu terbabit yang dirasakan terlalu obses sehingga memiliki gambar peribadi yang dia sendiri tiada.

anzalna nasir

“Saya pernah membuka akaun Instagram ketika penggambaran drama Indera Jonet suatu ketika dulu tetapi tidak aktif kerana saya tidak suka menunjuk-nunjuk. Tiba-tiba saya mendapati ada sebuah akaun menggunakan nama saya (Anzalna_Nasir) dan memuat naik gambar-gambar peribadi saya seolah-olah dia berada di situasi yang sama dengan saya. Oleh itu, saya membuka sebuah akaun baharu (AnzalnaNasir88) supaya orang ramai tidak tertipu. Sejujurnya saya tidak kenal dan sukar menjejaki individu yang melakukannya,” katanyadalam laporan Kosmo!.

Tidak terburu-buru untuk mengambil tindakan undang-undang namun Anzalna memohon supaya akaun itu tidak digunakan untuk mengaibkan namanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.