Akaun Twitter Palsu, Elfira Loy Naik Angin? | Berkenaan akaun laman sosial palsu selebriti di Malaysia ni ammboi rasa itu perkara biasa. Boleh dikatakan kesemua selebriti di Malaysia menjadi mangsa akaun palsu yang dihasilkan oleh kemungkinannya peminat mereka atau sesiapa sahaja yang berminat. Antara yang ammboi perhatikan, mereka menggunakan nama dan imej selebriti berkenaan untuk menarik minat orang ‘like’ atau ‘follow’ laman sosial mereka itu.

Terbaru, memetik laporan Sinar Harian Online, pelakon Elfira Loy bengang apabila ada individu yang menyamar sebagai dirinya dalam laman mikro Twitter. Elfira, 19, menulis mesej di Twitter yang berdaftar atas nama @elfira_loy, pagi semalam, meminta agar individu tersebut tidak menyamar sebagai dirinya.

elfira loy

“Please don’t tweet like you are the real ‘Elfira’. Show some respect please, thank you @_Elfiraloy,” tulisnya. (Jangan ‘tweet’ seperti anda Elfira yang sebenar. Tolong hormat sedikit, terima kasih)

Akaun palsu yang berdaftar atas nama @_Elfiraloy itu jelas boleh menimbulkan kekeliruan berikutan ‘tweet’ yang dikeluarkan seolah-olah ditulis oleh pelakon itu. Akaun palsu yang dibuat pada 28 Disember tahun lalu itu kini mempunyai 237 pengikut dengan 384 ‘tweet’.

twitter elfira loy

Individu itu juga turut menjawab pertanyaan peminat Elfira yang bertanya aktiviti pelakon itu serta memuat naik gambar Elfira.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.