Baru-baru ini satu rakaman audio dan gambar memaparkan belakang badan seorang mangsa yang cedera dan kelihatan berlubang-lubang disebarkan di media sosial.

Didakwa akibat telefon bimbit terlebih cas? Melalui rakaman audio itu dalam bahasa Melayu itu, suara seorang lelaki menjelaskan bahawa kecederaan itu berpunca daripada sikap mangsa yang mengecas telefon bimbit sambil memasang lagu dan memakai ‘ear phone’.

AKIBAT TELEFON BIMBIT TERLEBIH CAS

Mangsa kemudiannya dikatakan tertidur dan telefon bimbitnya terlebih cas. Suara dalam rakaman itu mendakwa cas elektrik disalurkan melalui ‘ear phone’ dan menyebabkan badan mangsa berlubang.

Namun begitu, menerusi satu sumber yang lain rupanya rakaman audio dan gambar berkenaan adalah auta semata-mata. Apa yang berlaku adalah bukan disebabkan oleh telefon terlebih cas.

Fakta Sebenar?

Kejadian sebenar berlaku di India akibat rusuhan seperti dilaporkan laman web berita Khalsa Force. Dalam kejadian itu, polis menggunakan bom buluh, meriam air dan peluru hidup terhadap peserta himpunan di Moga, Punjab.

Tiga orang dilaporkan mati, manakala ratusan yang lain tercedera. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada mangsa dalam gambar tersebut terselamat atau tidak.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.