Aksi Biadap Zain Saidin Hanya Strategi Menaikkan Rating MasterChef Selebriti Malaysia 2013? | Pada yang menonton MasterChef Selebriti Malaysia (Musim 2) 2013 anda tentu sudah tahu 3 peserta sudah disingkirkan. Antaranya adalah bakal suami Rozita Che Wan, Zain Saidin yang telah disingkirkan pada malam Ahad baru-baru ini.

peserta tersingkir masterchef selebriti malaysia 2 2013

Tiga peserta tersingkir (gelap) – Yasin, Keroz, Zain Saidin

Zain dikatakan telah tersingkir gara-gara perangai biadap yang ditunjukkannya kepada juri rancangan berkenaan. Menurut laporan Malaysia Digests, pada episode berkenaan, Zain Saidin telah bersikap kurang ajar terhadap juri-juri dalam program tersebut semasa proses penyingkiran berlangsung. Sampaikan mereka (juri) naik hantu marahkan sikap Zain itu. Peminat di laman sosial rata rata menyokong penyingkiran Zain Saidin daripada MasterChef Selebriti 2 kerana tidak sanggup melihat perangai tidak matang beliau sebagai seorang selebriti.

zain saidin dan rozita che wan masterchef selebriti malaysia 2013

Namun tidak kurang juga ada yang menganggap ‘adegan’ Zain itu satu lakonan untuk menaikkan rating atau sebagai strategi melariskan program MasterChef Selebriti Malaysia (Musim 2) 2013. Siapa tahu kan?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.