(Al-Fatihah) Isteri Abil Fikri, Fauziah Meninggal Dunia | Lebih dua tahun isteri tercinta terlantar sakit. Namun semua itu tidak mematahkan semangat Abil Fikri untuk menjaga isteri kesayangannya itu. Bekas perunding kewangan itu sanggup meninggalkan apa sahaja demi menjaga isteri tercinta, Fauziah Muhamad, 38, diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.

“Dia amanah saya. Saya dahan dia, tempat dia bergantung. Apa yang saya lafaz sewaktu ijab kabul dulu, saya cuba tunaikan sebaik mungkin, ” kata Abil Fikri Ahmad, 43. Baca kisah sebelumnya disini –> Pengorbanan Suami – Abil Fikri Berhenti Kerja Demi Menjaga Isteri

abil dan fauziah nikah

Atas : Gambar perkahwinan Abil Fikri dan Fauziah

Namun, berdasarkan kepada status facebooknya (Dana Sinar Fauziah) pagi ini, Abil Fikri memaklumkan isterinya sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

abil fikri

Takziah diucapkan. Semoga Abil Fikri terus tabah dan didoakan juga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin (abil4fauziah.blogspot.com)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.