Alexandra Andresen dinobat bilionair termuda dunia! Seorang remaja berusia 19 tahun di Oslo, Norway disenaraikan sebagai billionair terrmuda di dunia setelah memiliki kekayaan sebanyak AS$1.2 billion (RM4.95 billion) pada umur tersebut.

Alexandra Andresen, bagaimanapun cuma berada pada kedudukan 1,476 di dalam senarai jutawan yang dikeluarkan oleh majalah Forbes pada tahun ini.

ALEXANDRA ANDRESEN DINOBAT BILIONAIR TERMUDA DUNIA

Alexandra berkongsi tempat yang sama dengan kakaknya, Katharina Andresen, 20 , yang turut sama menguasai 42.2 peratus saham syarikat milik keluarga mereka, Ferd.

Biarpun disenaraikan dalam golongan billionair, gadis-gadis terbabit masih hidup secara sederhana dan cuma menggunakan kenderaan terpakai atas gesaan bapa mereka, Johan H. Andersen.

“Apabila diumumkan sebagai remaja terkaya di dunia, saya menerima 500 pengikut baharu di Instagram,” ujarnya sebagaimana dipetik laporan Kosmo! Online.

ALEXANDRA ANDRESEN DINOBAT BILIONAIR TERMUDA DUNIA 2

Keluarga Alexandra terbabit dalam industri tembakau sejak berabad lalu dan telah menjual saham mereka pada tahun 2005 Skandinavisk Tobakskompagni dengan harga hampir $500 juta. Kini syarikat terbabit giat dalam bidang pegangan ekuiti swasta, hartanah, pelaburan keselamatan dan dana lindung nilai.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.