Aliff Aziz Sakit Sebab Putus Cinta? | Semalam, ammboi ada melaporkan mengenai Aliff Aziz yang terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada. Timbul spekulasi yang mendakwa penyanyi berkenaan sakit kerana putus cinta dengan pelakon, Anne Ngasri. Bagaimanapun, syarikat rakaman penyanyi berkenaan pantas menafikan perkara berkenaan.

Ini merupakan kiriman emel dari syarikat rakaman naungan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz yang dipetik dari laman gua.com.my. Semoga Aliff kembali pulih dengan segera.

Penyanyi remaja Aliff Aziz, yang kini cukup popular dengan lagu “Jangan Ganggu Pacarku”, diarahkan berehat selama sebulan atas nasihat doktor selepas beliau di serang palpilasi jantung (denyutan jantung tidak teratur) semalam. Segala aktiviti seni beliau terpaksa dibatalkan atas sebab kesihatannya.

Aliff telah pulang ke Singapura bersama keluarganya dan akan menjalani rawatan susulan di sana. Hal ini tiada kena-mengena dengan isu hubungan cintanya yang dikatakan sudah putus bersama Anne Ngasri. Satu sidang media akan diadakan selepas Aliff kembali pulih untuk menjawab semua speklulasi yang melanda dirinya.

Sony Music Entertainment Malaysia mendoakan semoga Aliff segera sembuh dan dapat meneruskan aktiviti seni beliau. Di harap para peminat dapat mendoakan kesejahteraan Aliff.

p/s : jangan timbulkan spekulasi negatif yang boleh mengaibkan orang lain.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.