‘Allah Lebih Tahu, Biar Dia Jawab Di Akhirat Nanti’ – Rita Rudaini | Masih dengan cerita rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Laporan sebelum ini ada menyebut mengenai penjelasan Aidil mengenai masalah rumah tangganya dengan Rita. Dan Aidil dikatakan nekad mahu bercerai kerana tidak lagi sayangkan Rita.

Bagaimanapun, kali ini kita baca pula penjelasan Rita Rudaini yang menafikan apa yang diperkatakan Aidil.

“Biarlah dia tak sayang atau tak mahu lagi, saya dah tiada rasa apa-apa perasaan pun. Sudah lali, tepu dengan maki hamun dan kata-kata Aidil,” kata Rita dalam laporan Sinar Harian.

Menurut Rita, seandainya jodoh dia dengan Aidil berakhir, dia reda jika ia ditentukan Allah SWT. Tegasnya, sekiranya jodoh mereka masih panjang walaupun ada pihak cuba memisahkan mereka, semua pihak harus menerima hubungan tersebut.

“Lagipun segala yang berlaku dalam rumah tangga kami, Aidil boleh menipu dengan orang lain tetapi tidak dengan ALLAH. Biarlah dia jawab di akhirat nanti fasal semua penipuan yang dilakukannya,” kata Rita.

rita rudaini bertudung

Apa kata kalau mereka duduk semeja dan berbincang bersama mengenai masalah yang berlaku. Jangan jadikan media sebagai orang tengah kerana tidak semua yang disampaikan seperti yang diluahkan.

p/s : semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk kembali bersatu demi anak-anak…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.