Almy Nadia Kini Sudah Temui Cinta Baru? | Jarang sekali wajahnya keluar dalam mana-mana media sejak redanya isu putus tunang pelakon Fizz Fairuz tidak lama dahulu. Namun ia bukan alasan bahawa Almy Nadia sudah dilupakan dalam industri hiburan ini. Mengenai kerjaya lakonannya, Almy Nadia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Roboh untuk RTM.

Bercakap soal peribadinya pula, Almy Nadia berkata dia kini mahu lupakan segala kontroversi yang pernah melandanya. Jelasnya dalam satu laporan Sinar Harian, dia lebih selesa fokus terhadap karier, anak dan bidang lakonan. Selain itu, Almy Nadia juga mengakui dia kini sudah menemui cinta barunya. Cinta barunya itu adalah bidang perniagaan yang baru diceburinya.

almy nadia berniaga karipap dan cucur badak frozen

“Buat masa sekarang saya gembira begini dan apa yang berlaku tidak pernah membuatkan saya patah semangat,” katanya yang kini jatuh cinta dengan bidang perniagaan walaupun tidak pernah merancangnya sebelum ini dan menyasarkan sekitar Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bagi perniagaan Karipap dan Cucur Badak ‘frozen’ keluarannya itu.

“Idea ini datang tiba-tiba sahaja, lagipun, karipap dan cucur badak ibu sangat sedap, rugilah jika saya tidak pasarkannya dengan lebih meluas. Jadi tanpa menunggu lebih lama, baik saya bertindak demi masa depan saya, anak dan keluarga. Ia masih di peringkat awal, insya-ALLAH, jika mendapat sambutan hebat, saya akan pasarkan di tempat lain juga,” katanya tidak mengabaikan anak angkatnya Nur Afrina Darwisya, 4 tahun meskipun sibuk dengan penggambaran dan perniagaan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.