Alyah Bertudung Kerana Bakal Akhiri Zaman Solo? Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi? | Kisah percintaan Alyah nampaknya masih lagi menjadi tanda tanya. Oleh sebab itu, muncul pelbagai versi cerita mengenai Alyah apabila dikaitkan dengan isu cinta dan kahwin. Terbaru, penyanyi Alyah dikatakan akan mengakhiri zaman solonya tidak lama lagi setelah berhijrah untuk bertudung.

Perubahan diri Alyah itu membuatkan ada pihak yang mendakwa ia adalah petanda Alyah akan berkahwin. Namun semua gosip berkenaan dinafikan oleh Alyah dan menganggap dia tetap Alyah yang sama dan perubahan itu hanyalah dari imej dirinya sahaja.

alyah nak kahwin

“Mana datang cerita saya buat persiapan kahwin. Buat masa ini apa yang boleh saya cakap, rencana untuk melangsungkan perkahwinan seperti pergi membeli barang, menempah itu ini tiada lagi. Selebihnya biarlah masa yang tentukan. Walau apa pun, imej saya yang anda tengok, Alyah tetap Alyah juga. Saya masih orang yang sama. Yang berubah cuma imej saya tetapi personaliti tetap seperti biasa. Ini semua pada saya adalah perkara yang telah pun diaturkan untuk saya. Bukan semua orang dapat peluang yang sama, maksudnya mendapat petunjuk. Waktu saya sudah tiba dan inilah Alyah yang sekarang. Ini bukan ada kena mengena dengan saya nak kahwin atau apa. Ini adalah pilihan saya sendiri.” Jelas Alyah dipetik dari murai.com.my.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.