Alyah Kini 50 Pulih Dan Kini Sedang Menjalani Rawatan Fisioterapi | Menurut sumber murai.com.my, Alyah kini yang sedang dirawat di Hospital KPJ Damansara  dan telah pun pulih sebanyak 50 peratus. Untuk makluman, kecederaan yang Alyah alami selepas ditimpa lampu acara (spotlight) yang berlaku di rumah terbuka Hot FM pada 14 September 2012 lalu.

“Alhamdulilah, Alyah berada dalam keadaan yang stabil dan tiada apa yang serius. Cuma dia perlukan rawatan selanjutnya untuk muscle tissue di bahagian berlakangnya yang ditimpa spotlight. Malah dia kini dilaporkan oleh doktor sudah pulih sebanyak 50 peratus. Namun masih memerlukan beberapa rawatan di hospital termasuk dua kali fisIoterapi. Selanjutnya, saya tidak boleh memberi apa-apa komen kerana tidak dibenarkan berbuat demikian selepas perjanjian kami bersama Media Prima,” jelas Pengurus peribadi Alyah, Shuib kepada portal murai.com.my.

Penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu menghadirkan diri ke majlis berkenaan bersama artis undangan yang lain seperti Yuna, Tomok dan kumpulan Forteen.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.