Lisdawati atau Nisdawati? Keliru juga dengan nama glamer pelakon sorang ni. Apapun berbalik kepada cerita asal, Sharnaaz Ahmad memberi amaran kepada pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati berikutan kontroversi pergaduhan mereka seperti dilaporkan sebelum ini.

Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, dalam laporan myMetro hari ini, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika pasangan itu gagal meminta maaf dan berhenti memalukannya dalam tempoh diberikan.

amaran sharnaaz ahmad

“Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya. Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman (daripada) saya semaksimum mungkin,” katanya dipetik laporan berkenaan.

Selain itu, menerusi laporan Kosmo! pula, Sharnaaz mengakui sedang mempertimbangkan untuk turut membuat laporan polis bagi mempertahankan dirinya. Sebelum ini, Lisdawati bersama suaminya, Fauzi telah membuat laporan polis gara-gara mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan daripada Sharnaaz.

p/s: Makin menjadi tanda tanya apakah yang sebenarnya berlaku antara Sharnaaz Ahmad, Fauzi Nawawi dan Lisdawati…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.