Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap syarikat teknologi maklumat dan komunikasi, Apple dan sejumlah penerbit buku yang dikatakan berkomplot dalam menetapkan harga pasaran e-book. Saman difailkan terhadap syarikat Apple dan Hachette, HarperCollins, Macmillan, Simon and Schuster, dan Penguin.

Kes itu difailkan selepas kesemua syarikat terbabit meletakkan harga yang lebih tinggi untuk produk mereka berbanding dengan pengedar luar. Bagaimanapun, saman terhadap Hachette, HarperCollins, dan Simon and Schuster telah selesai. Jabatan Kehakiman berkata, kes ke atas Apple, Macmillan dan Penguin akan diteruskan kerana “berkonspirasi” untuk menghakis kebebasan peruncit-peruncit e-book untuk bersaing dari segi harga.

“Ekoran dakwaan konspirasi ini, kami percaya bahawa pengguna membayar lebih, dianggarkan berjuat-juta dolar, bagi beberapa judul yang popular,” kata Peguam Negara Eric Holder.

Dalam pada itu, wakil daripada Syarikat Hachette menegaskan pihaknya yakin bahawa mereka tidak melanggar sebarang akta atau undang-undang. Manakala Syarikat Apple yang menjual aplikasi teknologi seperti iBooks, iPad dan iPhone dikatakan enggan mengulas lebih lanjut tentang saman terbabit. – Sinar Harian


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.