Amy Search Tidak Kenal Siapa Nas-T, Namun Restui Percintaan Nabila Huda | Kecoh satu Malaysia dah mengenai kisah percintaan Nabila Huda dan Nas-T dan sememangnya gambar tak ‘cover line’ pasangan kekasih itu tersebar meluas. Namun bapa kepada Nabila, Amy Search dikatakan langsung tidak mengetahui mengenai percintaan terbaru anaknya itu. Amy juga berkata, dia langsung tidak mengenali siapa Nas-T?

“Saya tak tahu apa-apa mengenai hubungannya dengan dia (Nas-T). Malah Nas-T pun saya tak kenal dan saya hanya tahu Nabila bercinta dengannya daripada sebuah akhbar.”

amy search - nabila huda - nas-t

Meskipun tidak mengetahui langsung mengenai percintaan terbaru anaknya, Nabila Huda dengan pelakon Nas-T, namun penyanyi rock lagenda, Amy Search tetap akan mendoakan yang terbaik buat puteri kesayangannya itu. Amy Search berkata, sebagai bapa sudah tentu dia mahu melihat anaknya bahagia dengan sesiapa sahaja pilihan hati.

“Apa-apa pun , sebagai bapa saya doakan yang terbaik untuk Nabila. Saya tidak kisah dengan siapa pilihannya, asalkan lelaki itu mempunyai niat yang ikhalas dan betul untuk berkawan dengannya,” katanya yang dipetik dari laporan murai.com.my.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.