Ana Dahlia Dan Chef Riz Sah Sudah Bercerai – Chef Wan | Sebelum ini kisah keretakan rumah tangga Chef Riz dan Ana Dahlia menjadi tanda tanya banyak pihak. Mereka berdua juga tidak menceritakan lanjut mengenai status terkini dan enggan menjelaskan kedudukan sebenar krisis antara mereka. Namun begitu, bapa kepada Chef Riz, Chef Wan tidak mahu ia berpanjangan dan beliau telah memberikan kenyataan mengani status hubungan antara Chef Riz dan Ana Dahlia.

Memetik laporan BH Online, spekulasi mengenai status rumah tangga pelakon, Ana Dahlia, 29, dan Mohd Nadzri Redzuawan, 30, atau Chef Riz terungkai apabila bapa mentua aktres itu, Datuk Chef Wan, mengesahkan pasangan berkenaan sudah bercerai. Menurut Chef Wan, anak sulungnya menjatuhkan talak atas kehendak bekas menantunya sendiri kerana tiadanya persefahaman selepas hampir setahun hidup sebumbung. Beliau tampil membuat kenyataan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana tidak mahu pelakon itu dipersalahkan berikutan wujudnya tuduhan mengatakan Ana berlaku curang.

“Saya tidak tahu dari mana datangnya cerita Ana curang? Jadi, saya terpanggil untuk memberikan kenyataan bagi membersihkan namanya. Masyarakat tidak sepatutnya berburuk sangka kerana tuduhan itu tidak betul sama sekali. Tuduhan itu satu fitnah. Saya tidak mahu Ana dan keluarganya menanggung malu akibat cerita tidak betul ini. Saya juga tidak mahu menuding jari, tetapi bagi saya kedua-duanya ada kelemahan masing-masing,” kata Chef Wan.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.