Ramai yang ternanti-nanti untuk menatap wajah bayi sulung pelakon popular Izreen Azminda. Setakat ini, hanya namanya sahaja telah diumumkan. Izreen dan suaminya, Riza sudah sepakat menamakan putera sulung mereka itu dengan nama Muhammad Adrian Umar.

anak izreen azminda kena demam kuning

Berdasarkan perkembangan terkini dalam Instagram Izreen, anaknya itu kini kena demam kuning atau jaundis. Oh, kesiannya kat baby. Namun zaman sekarang tidak pelik, ini kerana berdasarkan info yang ammboi baca, penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning. Ok, dibawah ada sedikit penerangan mengenai Jaundis.

Apakah Sebenarnya Demam Kuning atau Jaundis?

Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus). Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi.

Jadi, pelbagai tips yang peminat Izreen sudah kongsikan. Ada yang suruh titik susu ibu dan ada yang kata suruh jemur panas dan sebagainya. Segalanya demi kesihatan bayi Izreen. Diharapkan Izreen senantiasa tabah dan kuat dan semoga babynya cepat sembuh.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.